☏ Blog Idol ☎

5A in my hands...

korang semua.
Sorrylah aku ingkar janji aku sikit sebab happy sangat and mood aku pun ok nak menulis harini.Yelah orang baru dapat 5A.Cehcehceh belagak pulak aku ni tapi don't worry aku tak sombong k.Sape tak happy kan dapat 5A.Tak kisahlah dah 2 kalipun dapat 5A asalkan dapat membanggakan diri kita,guru-guru kita dan mak bapak kita pun dah cukup.Kalau dapat keputusan 5A waktu UPSR mesti lagi bestkan!Apatah lagi kalau keputusan tu semuanya cemerlang(90% dan ke atas).Kalau siapa yang ingin tahu markah aku bolehlah rujuk di bawah ye..
  • PEMAHAMAN:90%
  • PENULISAN:93%
  • ENGLISH:88%
  • MATHEMATICS:95%
  • SCIENCE:90%
Tujelah yang aku boleh kongsi dengan korang harini.Lagi satu aku nak cakap yang aku agak risau jugak ni sebab aku dengan didi(bff aku) tengah beat sesama sendiri sekarang.Perbezaan markah diantara aku ngan didi cuma 4 je setakat markah penulisan,pemahaman,english dan matematik jelah sebab markah penulisan didi belum dapat lagi.Oklah sebelum aku menutup tirai aku berdoa supaya markah peperiksaan korang baik ye.H@PPY GO LU^CKY...

SMILEY FACE...

korang.
OK minggu ni aku nak share ngan korang pasal gambar je k.Malas pulak nak tulis.Gambar-gambar ni semua aku ambil daripada https://www.google.com.my/imghp?hl=en&tab=wi tau.
s106.photobucket.com
sl-designs.com
clipartreview.com
riserunrepeat.wordpress.com
revistaeconomiacritica.org

Contoh Header.

semua.Happylah selalu yerk..
Oklah hari ni aku nak share dengan korang header-header yang aku rasa ok kut untuk blog korong kalau korang nak tukar.
Yang tu maybe dah cukup kot kalau nak tanya ape-ape tinggalkanlah jejak anda di cbox saya!

Pencuci muka yang baik..TRY SOME



Best pencuci muka ni tau.Aku dah pakai dah nanti bila dah pakai sure muka korang jadi lembut.Mak aku try pakai tapi tak lepas jerawat sana jerawat sini tapi aku pakai ok je.Pencuci muka ni berasaskan 1000000%bahan semulajadi dan susu beras.Cuba tengok info ni:
• Khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang

• Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati

• Berkesan menanggalkan -sel kulit mati, parut-parut jerwat, jeragat & kulit berminyak.

• Menanggalkan kesan solekan dengan efektif

Tak silap aku kalau satu harga dia RM 18.00 tapi kalau 2 dapat RM30.00 kot.Tapi takpe kalau nak info sebetulnya pergilah kat laman web ni http://kedaiazira.blogspot.com/2012/01/pencuci-muka-sabun-beras.html kan sana ada banyak info so cepat-cepatlah tengok ye....

Berdebar-debar...


semua.
Hissh takutnya!Kalau tak dapat 5A camne??Mesti kena membebel dengan ustaz khir.Tapi takpe kita harus percaya akan diri sendiri(skema pulak ayat.._.tapi betul apa ustaz khir yang cakapkan kan kan.Mathematics dah dapat tinggal lagi 5 je itupun bi dan sc belum buat lagi.Moga-moga dapat markah yang baik.Harap-harap besok bi dan sc tak susah sangat .Hmmmm macam biasalah selagi peperiksaan tak habis selagi perasaan aku bercampur baur.Okeylah,sampai di sini saja tetapi sesiapa yang ingin yahu markah mathematics saya comentlah ye.Doa-doakanlah supaya sesiapa yang tengah periksa dapat keputusan yang cemerlang..AMINNN..

Kebenarannya:ADAM SUKA AKU KE ????

SEMUA...
OK.Hari ini aku nak cerita simple je iaitu kebenaran di sebalik topik di atas.CEH..CEH..CEH...OK kebenarannya ialah exactly notlah.Ok that is only the truth i do not want to explain it longer.bye bye

Peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri


semua!!
Hishh risau pun ada takut pun ada hey ya allah apalah nak jadi ngan aku ni.Besok nak periksa hari ni mestilah kena prepare macam-macam dari segi fizikal dan mental ceh bak kata dr. Fazilah Kamsah pulak.HeHeHe...Ok antara persiapan yang kena kita buat ialah...
  • Alat tulis kenalah lengkap:PENSEL,PEMADAM DAN PEMBARIS.
  • Kena baca semua BUKU REVISION dan bukanya BUKU CERITA faham!!!
  • Jangan pikir markah kita dulu yang teruk.Sentiasa ke hadapan dan jangan ke belakang(skema tak ayat).
  • Fikir TARGET kita iaitu 5A.
  • At least 5A yang 85% ke atas 
  • Tips yang terakhir:BREAKFAST sebelum ke sekolah supaya perut tu tak lapar.
So only 6 steps that I can give.I hope that you all will follow this tips without any doubt.H@PPY G0 LUC^KY friends!!!!

ADAM SUKA AKU KE???


korang!
Hari ni aku nak cerita pasal"Adam suka aku ke"?Bukanya aku nak perasan lagipun harpan gila lah kalau aku nak couple dengan budak macam tu'not my tastelah'skema pulak ayat aku.Yelah tadikan aku tinggal dekat sekolah sekejap sampai pukul dua sebab tunggu adik aku sekolah petang,jadi aku pun apalagi kalau tak buat apa-apa mestilah aku tolong mak cik kantin tu kan.Pastu datang pulak lah seekor kumbang(adam) dengan kawan-kawan dia(mustafa,afif ngan sapetah tadi).Korang macamlah tak kenal si kumbang tu kalau tak kacau aku bila terserempak je memang tak sah.Dia startlah tanya pasal benda bukan-bukan.Lepastu....aku tolonglah acik kantin tu angkat halia yang dah siap potong dalam kotak.Tiba-tiba adam ada cakap sesuatu tapi aku tak dengar pun lantoklah dia nak cakap apapun.Lepas aku keluar je dari kantin tu muhammad tiba2 je cakap "we adam kata ko ni sesuai jadi isteri dia"lebih kurang macam tulah.Nak muntah ngan loya pun ada waktu tu tapi adam cakap lain dia cakap"mane ade aku cakap sesuai jadi isteri aku aku cakap sesuai jadi isteri orang.Aku pun apalagi kalu tak serang dia.Nasib baiklah aku ada hati perut kalau ikutkan hati nak je aku celup kepala dia dalam air bawang kat sinki kantin tu.Kalau betul sekalipun tak kuasa deh aku nak couple ngan die ngan ataaul and syahmi pun tak lepas lagi apatah lagi die..Hmmm makan kaki lah jawabnya..Lagipun aku rasa tak betul kut apa yang muhammad cakap tu.Dahlah tu melebih-lebih pulak aku cerita so,you just need to be H@PPY GO LUCKY!!BYEZZZ..!!

Terseksanyeerrrr..


&HAI.
Hari ini terseksa besok double terseksa lusa triple terseksa,hari-hari lain triple x364 terseksa.Sebab ap korang tanya?? Sebabnya ialah..aq dah macam tak tahan dan terseksa menunggu keputusan peperiksaan sekolah.Kalau semua cikgu bagi komen positif aq tak kisah tapi dah sampai tiga orang cikgu dah membebel itupun belum lagi masuk cikgu foziah kalu tak nak tercekik rasanya bila telan air liur.Cikgu Amiza dengan penulisan and pemahaman dia yang cikgu Fauziah pulak pasal Paper 2 engilsh Sir Ghao Ghao pulak pasal mathematics ada yang gagal tapi aq tak nak bagi tau siapa orangnya .Yelah tak baik aibkan orang sian dia.Tapi siapa yang dah tahu siapa orangnya tu pandailah tutup mulut yerkk.Nasib baiklah dua-dua kertas yang aq dapat tu markah dia takdelah cukup-cukup makan sangat pemahaman dapat 85% dan mathematics taknaklah cakap nanti orng kata berlagak pulak hehehe.Okeylay cukup-cukuplah tu bercerita  nanti terover sudah.So just be as what you think and H@ppy Go Lucky Guyss!!

Sejarah Penubuhan Tunas/Pandu Puteri



 

Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Malaysia

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia
Suka menolong orang lain
Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
Sentiasa bersopan santun
Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
Sentiasa menurut perintah
Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
Sentiasa berjimat cermat
Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

Sejarah PENGAKAP Malaysia.



Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. PergerakanPengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakanpengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negarapengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan PengakapSedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak PengakapMalaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
bp.jpg

Hadiah yang dinanti-nantikan..hmmmmmmmmmmm

Assalaualaikum semua.Sedih-sedih.Nak tahu sebab apa tak?Sebabnya ialah ialah pemahaman aq...kurang daripada 86%..UEKKKKKK....Dahlah markah turun tak dapat hadiah pulak tu.Hmmm sedih walaupun ini hanya peperiksaan percubaan tapi awal-awal dah dapat hadiah.Hadiah dia bukanlah mewah sangat pun botol air jerk.Tapi aq nak botol air yang lagi besar yang macam mamaden nak hadiah kan tu sebab botol air yang lama tu kecik sangat.Tapi takpelah kalau kita berusaha bersungguh-sungguh mesti apa yang kita nak boleh dapat kan takpelah serahkan kepada tuhan jelah*dalam sedih-sedih ni skema jugakkan ayat aq hehe.EEEEEE Stress betullah semenjak periksa percubaan ni hmm apa-apa pun hahapy go luckyyy uekkkkkkkkkk....

Susahnya periksa.Berserabut Kepala Akulah!!

Assalamualaikum semua.Sebenarnya takdelah berserabut sangat kepala pun.Huhh!Tadi nasib baik sempat siapkan penulisan.Tkdelah susah sangat pun penulisan tu cuma bahagian c die je.Mane tak susah ..die bagi pantun pulak tu.Tapi nasib baik sempat buat itupun terlebih satu minit.HEHE..Susah boh dahlah kena bagi lima nasib baik ada yang betul-brtul buat dan bukanya semua hentam.Adalah satu rangkap patun tu die bagi ayat kunjung-mengunjung amalan budaya kot aku hentam je.Nak tahu aku buat apetak?Aku buat mengekalkan adat dan budaya.Hahahaha.Aku rasa macam pelik pun ada macam ok pun ade.Tapi entahlah tunggu jelah keputusan keluar nanti.Hissh apalah aku ni suruh orang jangan stress aku pulak yang stress.Okeylah takyah banyak cerita dah just be Happy Go Lucky..BYEEEE..!!

Serammmm....

Assalamualaikum semua.Seram sejuk pulak dibuatnya.Haaa nak tau kenapa?Seeebaab....besok periksa.Peperiksaan Percubaan Peringkat Sekolah pulak tuh.Macam-macam perasaan ada terutama sekali takut.Termasuklah juga happy .Mula-mula rasa takut lepas tu aku pikr-pikir balik buat apa nak rasa takut kalau kita dah buat persediaan secukupnya.Sebenarnya aku pun adalah jugak rasa gementar tapi sikit-sikit jelah.Tapi macam yang aku cakap dalam post yang dululah kalau siapa yang tak takut buat peperiksaan tu maknanya dia tak kisah pun apa yang akan jadi dengan masa hadapan dia  tetapi pengecualian buat orang yang dia rasa dia boleh buat sebab dah baca buku dan buat ulangkaji.Sebok cerita pasal takut cerita pasal happy tertinggal pulak hehehe..Okey pasal happy pulak.Yelah kalau kita takut mesti kita stress betul tak macam urutan di bawah ni : STRESS > BODOH > SAKIT JANTUNG >MERANA and then > BATU DUA HEHEHE...Siapa yang kelas 6 Cekal mesti tahu batu dua tu apa.BATU DUA @ mati dekat kubur.Okeylah tu dah tak perlulah aku nak cerita panjang-panjang tak siapa yang rasa dia dah cukup besar dan matang untuk pikir masa depan dia sendiri ikutlah nasihat aku ni


  • Buat ulangkaji 1 ataupun 3 set setiap soalan janganlah buat lebih-lebih pulak nanti gila dibuatnya
  • Baca buku banyak sikit bukan buku cerita tapi BUKU CONTOH KARANGAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
  • Tengok TV kurang daripada 3JAM.
SO DONOT FORGET TO JUST BE H@PPY > GO > LUCKY!!

Denda-denda...hmmmm

Assalamualaikum semua.Hari nikan hari paling teruk bagi aku.Nak tau tak sebab apa???Sebabnya ialah aku kena denda dengan sir kumar ghao ghao(nama betul:Kumar Rao..hehehe).Walaupun denda dia cuma kena tulis saya inta maaf sebab tak siap homework x50 dekat kertas{tulisan sendiri pulak tu}tapi inilah pertama kali seumur hidup aku dekat sekolah tu tak pernah aku kena denda sampai tahap macam tu walaupun bukanlah sampai tahap maksimum .Kalau sebelum ni aku cuma kena rotan je tapi kali ni denda die berat sikit.Harap-harap yang membaca ni janganlah membuat perkara yang sama seperti ni ye , kalau tidak mesti kena denda yang lebih berat daripada ini.So,ambillah pengajaran daripada peristiwa saya ini dan selalu selalulah jadi 'Happy Go Lucky'....

Hanya Perlu Menjadi Diri Sendiri

Assalamualaikum kepada semua yang membaca entry kali ini.Hari ini saya ingin menceritakan tentang blog description saya iaitu 'just be yourself and do not be others or you will hurt your ownself'.Saya tahu bahawa semua yang membaca ini pasti tahu akan maksudnya.Saya menyuruh anda semua agar tidak menjadi orang lain kerana setiap orang mempunyai perwatakan yang berbeza.Contohnya jika kita rasa diri kita seorang yang boring kerana setiap masa kita hanya membaca buku atau bahan bacaan lain.Tolonglah diri anda supaya jangan sesekali mengikut perlakuan orang lain kerana kita sendiri pun tidak sedar bahawa kadangkala perwatakan kita sebenarnya lebih baik daripada orang lain dan kadangkala juga perwatakan orang lain yang ingin kita berubah itu perangainya lebih teruk daripada perangai sebenar kita.Tidak semestinya orang yang selalu mendapat perhatian perangainya bagus padahal lebih teruk daripada orang lain.Pasti buruk padahnya jika kita mengikut perwatakan orang lain contohnya ialah

  • (jika kita seorang yang pandai)orang yang ingin mengikut jejak langkah kita pasti akan kecundang kerana mereka tidak lagi mendapat tujujk ajar daripada kita
  • orang yang berpendapat bahawa anda adalah seorang murid yang bagus pasti akan kesal akan perbuatan anda.
Saya berharap sesiapa yang mempunyai niat untuk berubah(kepada benda yag tidak berfaedah)batalkan sahajalah niat anda dan teruskanlah menjadi siapa itu diri anda.Saya berharap agar sesiapa yang membaca entry kali ini janganlah salah faham kerana jika sesiapa yang ingin membuat sesuatu yang akan membuat suatu perubahan yang membawa kebaikan kepada anda,teruskanlah sahaja.SO DON'T FORGET TO JUST BE H@PPY GO LU^KY...

Bestnya mama Amy datang tadi..

Haaa ni bukan mama saya tau tapi penceramah yang kami semua panggil mama amy..Nak tau sebab apa?Sebenarnya saya pun tak tahu apa sebabnya :-3.Tapi saya rasa sebab nak kembalikan semangat kami walaupun tiada ibu di sekolah.Harap-harap rakan-rakan yang dekat dewan tadi dapat motivate diri sendiri.Dan terus ingat apa yang mama Amy cakap tadi tau.

PEPERIKSAAN UPSR.

Kalau korang tgk topik dekat atas tu mesti seram gila kan {bagi org yg drjh 6}.Tapi kalau siapa yang tak kisah dan buat-buat tak tahu je pasal upsr{Ujian Penilaian Sekolah Rendah} mestilangsung tak prepare apa-apakan.Bagi sayalahkan setiap peperiksaan  itu ibarat menatang minyak yang penuh.Yelah kalau kita nak ke mana mana kita mesti bawa ilmu tu sekali.Nanti kalau kita biarkan je nanti kena ulang balik apa yang kita baca.For the people who do not take care of her or his study they must thought that every exam is simpe as cracking a little nut.I hope that you all will be ready for upsr.Do not take it easy because everyone is not clever if they do not do a lot of practice.Memanglah dulu sewaktu saya darjah 4 dan 5 saya selalu main dan tak terlalu ambil kisah tentang pelajaran sebab saya pikir "alah drjh 6 kan ade l'agi buat ape nak susah susah pikir pasal periksa".Tapi sekarang baru saya sedar pelajaran labih penting kerana ianya berguna untuk masa hadapan.Saya tahu bahawa saya bukanlah sesiapa pun yang ingin motivasikan orang lain kerana saya sendiri pun masih tidak sempurna tetapi janganlah ambil ringan terhadap apa yang saya tulis ini kerana ianya akan membawa faedah kepada semua.So just be'HAPPY GO LUCKY'................................

Rasa Pelik Pulak Bila Murid 6 Cekal Bertambah..

  • Assalamualaikum semua .Apa khabar.Selamat datang ke blog yang saya sendiri taka tahu macam mana nak tukar lagi.Okeylah mari kembali ke topik asal iaitu'Rasa Pelik Pulak Bila Murid 6 Cekal Bertambah'.Mula-mula 35 orang pastu bertambah kepada 40 orang.Macam mana cikgu tak tension,dahlah 35 orang tu cikgu pun dah macam hantu apatah lagi bila tambah lagi 5 orang lelaki pulak tuh.Hishh pening pening!Kalau akulah jadi cikgu foziah dan masih lagi tak pakai tudung maybe rambut aku dah jadi macam pontianak harun sundal dah terlebih larut malam.Moga-moga yang 5 orang tu biasa-biasakanlah diri dalam kelas 6 cekal dan janganlah jadi gila macam budak 6 cekal jugak.