☏ Blog Idol ☎

Hanya Perlu Menjadi Diri Sendiri

Assalamualaikum kepada semua yang membaca entry kali ini.Hari ini saya ingin menceritakan tentang blog description saya iaitu 'just be yourself and do not be others or you will hurt your ownself'.Saya tahu bahawa semua yang membaca ini pasti tahu akan maksudnya.Saya menyuruh anda semua agar tidak menjadi orang lain kerana setiap orang mempunyai perwatakan yang berbeza.Contohnya jika kita rasa diri kita seorang yang boring kerana setiap masa kita hanya membaca buku atau bahan bacaan lain.Tolonglah diri anda supaya jangan sesekali mengikut perlakuan orang lain kerana kita sendiri pun tidak sedar bahawa kadangkala perwatakan kita sebenarnya lebih baik daripada orang lain dan kadangkala juga perwatakan orang lain yang ingin kita berubah itu perangainya lebih teruk daripada perangai sebenar kita.Tidak semestinya orang yang selalu mendapat perhatian perangainya bagus padahal lebih teruk daripada orang lain.Pasti buruk padahnya jika kita mengikut perwatakan orang lain contohnya ialah

  • (jika kita seorang yang pandai)orang yang ingin mengikut jejak langkah kita pasti akan kecundang kerana mereka tidak lagi mendapat tujujk ajar daripada kita
  • orang yang berpendapat bahawa anda adalah seorang murid yang bagus pasti akan kesal akan perbuatan anda.
Saya berharap sesiapa yang mempunyai niat untuk berubah(kepada benda yag tidak berfaedah)batalkan sahajalah niat anda dan teruskanlah menjadi siapa itu diri anda.Saya berharap agar sesiapa yang membaca entry kali ini janganlah salah faham kerana jika sesiapa yang ingin membuat sesuatu yang akan membuat suatu perubahan yang membawa kebaikan kepada anda,teruskanlah sahaja.SO DON'T FORGET TO JUST BE H@PPY GO LU^KY...