☏ Blog Idol ☎

Gagal Sekali Tidak Bermakna Gagal Buat Selama-Lamanya

GUYS!!!


GAGAL SEKALI BUKAN GAGAL SELAMANYA!!!


KAWAN-KAWAN >>>>>>>>> KEGAGALAN ADALAH SATU PELAJARAN....


  • Setiap kegagalan yang kita alami adalah satu pelajaran yang sangat berguna untuk kita perbaiki kegagalan kita itu.Kawan-kawan jangan sesekali berputus asa sekiranya mengalami kegagalan.Ramai orang yang berjaya pada hari ini sebenarnya terdiri daripada mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam hidupnya.

           KAWAN-KAWAN >>>>>>>>> TANAMKAN SEMANGAT DALAM DIRI....
  • Sekiranya kawan-kawan ingin melakukan sesuatu dalam hidup , kawan-kawan hendaklah menanam semangat dalam diri seperti "Saya tidak mahu gagal.Saya akan pastikan perkara yang saya lakukan ini akan mendapat kejayaan".Cuba terap dan sematkan kata-kata semangat ini dalam diri kawan-kawan.
          KAWAN-KAWAN >>>>>>>>> RENUNGI SETIAP KEGAGALAN ITU....
  • Setiap kegagalan yang berlaku pasti ada sebabnya.Sebagai contoh , sekiranya kawan-kawan gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan , cuba kawan-kawan renungi apkah punca kegagalan tersebut?Mungkin kawan-kawan kurang membaca dan membuat latihan.Mungkin juga kawan-kawan tersalah menjawab kehendak soalan.Pastikan selepas ini kawan-kawan tidak membuat sebarang kesalahan dan kesilapan lagi.
          KAWAN-KAWAN >>>>>>>>> KEGAGALAN ADALAH PENGALAMAN KEHIDUPAN.

  • Kawan-kawan hendaklah ingat bahawa kegagalan menjadikan seseorang itu lebih matang dan memberi pengalaman yang beharga dalam kehidupan mereka.Pengalaman tersebut boleh dijadikan iktibar dan kawan-kawan boleh berkongsi dengan rakan-rakan supaya mereka turut mempelajari pengalaman kegagalan tersebut.



No comments: